BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010



CINTA+KASIH+SAYANG


Tanggal 14 februari merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pasangan kekasih saban tahun untuk menyambut perayaan hari kekasih ataupun lebih gah jika disebut sebagai “Valentine Day”. Begitu juga dengan diri ini yang mencipta sejarahnya yang tersendiri pada “Valentine Day” bagi tahun 2010. Tarikh ini pada tahun 2010 telah melakar satu pengalaman yang sangat manis kerana ini merupakan pertama kalinya saya berbuat demikina untuk insan yang paling saya sayangi.













JALAN-JALAN...MENCARI ILMU

Pada 12 Februri 2010, iaitu pada hari Jumaat, pelajar HMT 329 seramai 30 orang bersama Dr. Radiah telah melakukan ‘jalan-jalan cari ilmu’. Perjalanan bermula dari padang kawat Usm sehingga ke Pasar Lip Sin...

Sepanjang perjalanan tersebut, kami belajar perkara baru seperti penggunaan bahasa dalam papan tanda, iklan dan nama tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah atau perundang atau hal yang berkaitan. Hasil tunjuk ajar dan penerangan daripada Dr. Radiah memudahkan kami memahami maksud tersirat setiap maksud daripada nama tempat, nama iklan atau sesuatu papan tanda itu.














IPOH DIHATIKU



Saya berasal dari Bandar Ipoh, Perak. Gambar-gambar di atas merupakan gambar dari kawasan tempat tinggal saya. Pada cuti pertengahan semester iaitu bermula 14 Februari sehingga 21 Februari, saya sebagai pelajar HMT 329 telah diberi tugasan iaitu dikehendaki meneliti, merakam (gambar), dan mencatat nama jalan, nama bangunan (kedai, hospital, sekolah etc), nama sungai, nama bandar, semua iklan, dan lokasi/bahan/artifak bersejarah dalam radius 5-10km dari tempat tinggal saya.